Monday, May 10, 2010

Ikhlas itu lebih utama


"Don't judge a book by its cover. Try to read it first before you make a conclusion."


Ya..mungkin artikel kali ni sengaja dibuat sekadar untuk membuka mata sesiapa sahaja yang mungkin terlepas pandang dengan apa yang berlaku disekeliling mereka. Mungkin bukan salah mereka sebab mereka tidak mengetahui. Mungkin faktor sekeliling menyebabkan mereka membuat konklusi yang pelbagai yang kadangkala menyebabkan misconception pun berlaku. Sesuatu yang baik akan nampak jelek atau menakutkan.huhu.tepuk dada Tanya iman.

Kenapa isu tudung labuh sering diperkatakan ek? Hmm..walaupun aku bukanlah dari kalangan seorang yang bertudung labuh secara istiqamah, tapi aku tetap memandang tinggi orang yang bertudung iaitu menutup aurat dengan sempurna ( tak semestinya tudung labuh).

Sahabat-sahabat semua...kalau dilihat zaman sekarang ni..memakai tudung labuh sering kali menjadi isu..lebih-lebih lagi dalam kalangan kaum wanita itu sendiri. Perlukah menjadi Isu???persoalannya..memakai tudung labuh ini bukanlah wajib..dan suka sekali nak ditegaskan..imej dan pakaian seseorang tidak akan pernah melambangkan tahap keimanan seseorang muslim dan juga muslimah..dia berjubah ke, bertudung labuh ke, pakai serban atau kopiah...tapi pakaian yang dipakai itu akan menjaga peribadi seseorang untuk terjerumus ke lembah maksiat..nauzubillah..

Erm..nak kongsi sikit tentang sesuatu benda...orang yang bertudung labuh, berpurdah, pakai jubah, serban dan sebagainya..sering kali dilabel sebagai 'pelik' dan ada juga yang mengatakan mereka ni 'perfect' dari semua sudut...ia....ana akui..golongan-golongan ini telah menjadi contoh teladan yang baik..sehinggakan kalau mereka buat salah sikit..semua orang akan nampak....orang dah kata macam-macam..bersangka buruk, mencemuh, mengumpat, mengata dan sebagainya...

Namun ingatlah..sekurang-kurangnya mereka telah menunaikan salah satu hak dan kewajipan yang besar dalam islam iaitu dengan menutup aurat dan memelihara diri daripada fitnah..tapi kita???? hah macam ne?? muhasabah lah diri kita banyak-banyak..adakah kita dah cukup layak untuk menghukum dan mentafsir ornag lain mengikiut pandangan diri kita?? mengikut kaca mata kita??? renung2kanlah...


sumber : saifulfaizin.blogspot.com

Kadang-kadang, kita lebih suka dan lebih nampak keburukan orang lain berbanding diri kita sendiri...tapi apa-apa pun..bukan itu yang nak diceritakan dengan panjang lebar disini..itu cuma muqaddimah je..hehe..ada satu cerita yang ana nak kongsi bersama sahabat-sahabat semua..semoga ianya menjadi iktibar untuk kita semua sama-sama muhasabah diri kita lepas ni..InsyaAllah..

sumber : saifulfaizin.blogspot.com

ALLAH subhanahu wata’ala telah berfirman dalam al-Quran berkaitan etika berpakaian wanita beriman yang maksudnya:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya…” (Surah ke-24 an-Nur, ayat 31)

so,fikir-fikirkanlah..

Sabar lah wahai hati..yang paling penting UTAMAKAN PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA..Tapi ingatlah tak semua orang bertudung labuh seperti yang disangka. Lagi sekali..don't judge a book by its cover..

Bagi aku, tak kisahlah bertudung labuh atau tak..yang paling penting aurat mestilah dijaga dengan sempurna. Surah an-nur kan dah cakap. Dan yang paling penting pakai tudung atau berpakaian menutup aurat bukanlah suatu kemegahan tetapi satu syariat yang wajib bagi setiap muslim.

Wallahualam.
Ya Allah sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa yang tak lari dari kesilapan.



Template by:
Free Blog Templates