Tuesday, April 13, 2010

Robot Bernyawa.

Apakah sindrom yang melanda diriku ini? Ohh..sindrom gelak kuat-kuat t'utama dengan kak Tikah n classmate2 ku yg giler2 neh. Ohh..they cheer up my life. Sehari kalau aku tak gelak x sah.Ish3..kalau kita ketawa lebih2 ni sebenarnya mengeraskan hati.Ya Allah..jauhkanlah. Tapi tu lah..bagi aku kalau sehari aku x bergelak ketawa mesti tak sah.Tapi setakat ni masih berpada-pada. Tak lebih-lebih. Apa nak jadi daa..=))

Pagi tadi minta maaf le kat siapa2 yang tengok muka aku mencuka tanpa sebab. Nak buat macammana memang tak de mood. Sampai2 je kelas, aku tengok masing2 tengah pulun siapkan CLS. Semua pakat tulis apa entah dalam kertas yang aku pun tak tahu dari mana asal-usulnya. Ada kerja lagikah? Macam-macam lah.Yang pastinya semua fokus buat assignment CLS tuh.


Aku lak dah mereng dengan assignment CLS ni sebab sangat complicated. Sampaikan semalam aku boleh tidur awal tanpa berfikir apa2 untuk assignmant tuh nak kata betapa *ketegarnya ( ketegaq org Kedah sebut) aku tak nak fikir langsung pasal CLS tu. Minta maaf sangat2 kat ahli group aku. Kesian diorang dapat aku sbg ahli kump. Kalau assignment lain aku sangat bersemangat. Tapi entah kali ni serius rasa cam laen macam je. Sebenarnya bukan aku je. Boleh dikatakan semua malas dengan semua nih.

Pukul 11.00 malam semalam aku tidur. Selamba je. Padahal ada lagi kerja kena wat. Pastu aku set alarm bangun pukul 1.00 pagi. Ohh..serius penat. bangun2 je terus bukak laptop yang dah siap sedia terpasang. Buka2 facebook je, Kak Nel ada hantar mesej pasal reflection kena edit untuk group aku. Dengan mamainya aku pun edit lah..sampailah pukul 3.00 pagi..then print out..Roomate aku lak bagitau yang esok petang ada ceramah MOSTI dan semua wajib hadir. Tiba2 aku terasa panas hati sebab kelas petang tu kena ganti hari khamis.

Ehhh..bila masa kami nak rehatttttt???

Lebih kurang pukul 6.00 pagi aku pun bangun nak pergi kelas pukul 8.00 pagi. Wohh..pening2 lalat lah jawabnya..Tiba2 rasa cam x sedap perut, rasa nak muntah..Huhu.. Tu lah sebabnya aku pi kelas buat muka x de mood. Kalau tak..akulah yang paling beria-ria. Mesti nak bercakap walaupun x de motif kadang2. Tiba2 aku perasan yang diorang tengah tulis something. Rupa-rupanya peer assessment..Camna entah..kena tulis reflection pasal kwn kita dalam borang tu. Aku lak macam blur.Asal aku tak taw apa2 nih??..Ohh..stress giler masa tuh. Tak tahulah sebab pe..rasa macam serba x kena. Tiba2 tak semena-mena air mata ku mengalir..huhu..mungkin terasa diri ni macam ala-ala robot bernyawa kot.

Template by:
Free Blog Templates