Friday, April 2, 2010

Layakkah aku?


Baru-baru ni aku ada pergi usrah. Pertama kali aku rasa tak tentu arah berusrah.Aku cuba mnyembunyikan perasaan tu. Semua gara-gara assignment yang kena hantar esoknya. Fikiranku bercelaru.Aku cuba kuatkan semnagat. Pasti ada hikmah disebaliknya. Alhamdulillah.Iftar jamaie masa usrah tu berjalan lancar. Aku dan fairuz hanya menumpang sahaja sebab kami tak berpuasa. kami makan bersama-sama. Mungkin ada kemanisan di situ apabila kita makan berjemaah. Lepas tu, kami solat berjemaah maghrib dan isyak. Lepas usrah tu, kak tiyah jumpa aku n fairuz sekejap. Kak tiyah gtaw mungkin lepas ni aku n fairuz akan dilantik jadi naqibah. Ya Rabb..bila dengar je benda tu, aku terasa lemah..aku terasa tanggungjawab tu terlalubesar untukku .Layakkah aku memimpin usrah? aku sendiri pun x begitu sempurna. Ohh..Tuhan..kuatkanlah aku..jika aku layak untuk semua ini..kau berilah petunjuk dan kekuatan..

Template by:
Free Blog Templates